Assalamualaikum,
Untuk
pengetahuan korang, aku bersalinkan Nufael Rizq ni thru c-section.
Sebab apa? Sebab dah overdue 3 hari...and after 3 kali induce, "jalan"
hanya buka 1cm sahaja.. :(
Selepas doc advice for c-sec, so aku pon akur... padahal masa ni banjir dah kat bilik hospital. Terasa sedih yang teramat sebab tak dapat pengalaman deliver normal...
Ok..pengalaman masa operate tu aku tak nak cerita dalam entry ni.. InsyaAllah di entry lain..kalau rajin..
Bila dah namanya operate, confirm orang ramai akan suruh kita makan ikan haruan, or pati ikan haruan...
Ada yang suruh makan start dari selepas pembedahan.
Ada
yang suruh makan after few days..biar heal sendiri first and then telan
haruan...antara reason, kalau makan awal2, luka luaran je yang akan ok,
yang belah dalam, Wallahu'alam...
Actually kesimpulan review yang aku dapat, tak elok sebenarnya makan ikan or pati haruan ni. Sebab?
1st:
Seperti yang diceritakan akak jiran sebelah rumah aku ni. Dia deliver
baby ke-3 dia sebulan sebelum aku deliver. Thru c-sec juga. Doc dia
cakap "awak ada makan or minum ikan or pati haruan ye?"
Akak tu pon jawab "ye"
"disebabkan perbuatan awak itu, lapisan c-sec di bahagian dalam awak ni dah melekat2 dengan organ...macam gam..."
*dialog adalah rekaan semata-mata. tapi mesej yang cuba disampaikan begitu lah bunyinya*
2nd:
Pengalaman seorang lagi kenalan. 2 doctor dah advice kat dia jangan
minum or makan ikan haruan tu sebab nanti bekas luka luaran tu jadi tak
cantik... akan tersembul daging kat area situ...
So,
pada pendapat aku, jaga pemakanan, and untuk luka tu, pastikan kawasan
tu sentiasa kering, Kalau betul jaganya, Alhamdulillah, macam aku, kesan
operate tu tak nampak sangat and yang ada hanyalah 1 line yang halus
sahaja. Nak gambar? Eh, maluuuuuu :p
Sekian, itu sahaja.
Bye.