...My Routine, My Hobbies, My Journey, My Loves, My Foods...
Tuesday, March 16, 2010
TASIK KENYIR 2009
Malam tadi aku duk usha2 gambar yang ada dalam laptop aku ni ha…tetiba aku rase nak cerita dalam ni gak pasal vacation aku ke tasik kenyir last year..disebabkan aku baru je start berblog ni..so cerita lama pon aku nak cerita gak..haha..alasan betol…bukan ape..aku just nak share ngan korang la..mana lah tahu korang tetiba rasa macam nak pergi gak kan..(ayat poyo jek ni..)
ni la pemandangan dari jeti masa kitorang tunggu boat sampai..
Ok..kitorg gerak dari putrajaya pukul 5 pagi…wah…ajaib ni kalau aku boleh bangun seawal pagi begitu…pastu terus gerak g Terengganu…sesampai di R&R Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu kitorang berenti makan dulu…eh..aku tipu korang la…sebenarnya kitorang ada benti kat R&R genting sepah? Betol ke..ke genting sempah? ke genting sampah? ke gunting sampah? ala..korang paham kan nama tempat tu kan?? Huhu…ok2…sampai kat tasik kenyir..kitorang pon tunggu la speedboat..penginapan kali ni adalah rumah peranginan persekutuan..
R&R Bandar Al Muktafi Billah Shah
Ni lah kenderaan yang kami naiki..ada 2 biji kereta sebenarnya..disebabkan kereta ni kereta baru..so kita amik jek la gambar kereta ni...hehe..
Activity bebas..iaitu mari tunggu boat beramai2..
tak boleh belah muka camtu..tu muka tensyen rambut terbang2 pastu nak cari getah rambut tak jumpe beg pulak...haha..tujuan gambar ni adalah nak tunjukkan yang kami naik speedboat...
baru aku sedar rupanya takde 1 gambar pon kat rumah persekutuan tu kan..sebab kodak habis dah kot..haha..activity pertama kitorang adalah memancing…1st time aku pancing ni..walaupon rumah aku kat tepi laut…tapi aku tak pernah langsung sentuh sebarang alatan memancing..so ni new experience la..lama giler duk tunggu ikan terpancing..bila fikirkan malam ni takde lauk tuk dimakan..so aunty and uncle decide pancing dalam sangkar jek la..bayar ikot kilo..hahaha
Amacam??ade gaya pemancing professional tak?? tiger wood pon kalah taw!!! (kene mengene ke??)
Yeaahh!!! Finally!! pancing jek la kat sangkar...tinggal aunty ngan uncle jek yang bersemangat tegar!!! yang lain dah buat aktiviti lain...
masa tengah boring2 mancing..kitorang rasa macam nak berkayak pulak..lagi la aku ni dah lama tak berkayak…actually aku penah masuk event berkayak selama 2 hari berturut2..merentasi sungai johor…hebat kan?kan?kan?(ye kan je la ngan budak banyak songeh ni ha..)
malam tu kitorang duk lepak kat rumah jek..masak2..makan2…sedap giler dapat makan ikan2 fresh…esoknya pagi2 aku dah bangun gosok gigi cuci muka dan tak mandi aku terus kuar berjalan2 menghirup udara bersih..kononnye la kan…amek2 gambar seperti……
Lepas breakfast, kitorang g air terjun saok..kene naik speedboat gak kalau nak ke sana tu…dah jumpe air terjun ape lagi kan…reaksi masing2 macam dah berkurun tak mandi..korang tu kalau jumpa air terjun tiap2 hari pon reaksi yang sama jugak kan?? tak payah nak tipu la…haha…
Balik dari mandi manda tu kitorang terus bersiap2 nak balik ke darat semula..sampai kat jeti amek la gambar kenangan sikit…sikit?? Percaya ke??
Mari kita pulang...banyak betol barang2..padahal bukan ade kedai apa2 pon kat sana..makanan kena bawak sendiri taw..kat sana takde kedai runcit fatimah ke..speedmart ke...billion ke...mahupon tesco..memang takde!!
Gambar kenang-kenangan sebelom balik ke kolumpo...
Pastu kitorang round2 terengganu…esoknya baru pulang ke kolumpo semula….sekian….(banyak dah tak ingat..al maklum la…tahun lepas punya cerita da..)gambar banyak lagi ni..nak tengok tak?? Korang ingat blog ni album ke?? Xde..xde..nanti muntah pulak korang nak tengok semua gambar2 aku ni..hahaha..
No comments:
Post a Comment