Friday, September 20, 2013

Persiapan Untuk Kelahiran Baby Pertama

Assalamualaikum semua...

Lama sudah tidak merapu... tapi jangan sangka saya dah tak wujud ye... hehe..

Kali ni tiba-tiba je rasa nak update pasal tajuk entry kali ni.. Actually, anak saya, Nufael Rizq dah almost a year... Alhamdulillah... :)

Sepanjang 11 bulan ++ ni macam-macam kerenah..macam-macam perasaan..macam-macam dugaan datang.. nak tak nak, itu namanya lumrah kehidupan.. ecececehhhh.. macam kental sangat je bunyinye kan?

Tapi the best development of baby ni masa dia berusia 7-9 bulan.. Masa tu kita nampak dia dah semakin banyak bagi respond.. dah pandai pok amai amai.. dah start nak berdiri.. gigi pon comel2 je tumbuhnya..

Back to our main story, masa mula2 doc cakap "congratulations! you are pregnant!!" (tiru ayat drama) otak kita ni tak habis2 fikir nak beli apa untuk baby kan? Kalau usia kandungan baru 10 minggu, tak payah la bz2 kan diri nak membeli itu ini... Kalau nak servey2 barang, dialu-alukan.. orang tua-tua pon ada cakap, beli barang baby after 7 month of pregnancy.. Tapi saya tak salahkan uolz semua sebab perasaan excited tu memang semua preggy woman rasa..especially our first baby! so itu perkara normal...

Saya nak share antara barang2 baby yang saya beli, sudahnya tak pakai sehinggalah ke hari ini.. :p

1. Botol susu avent - botol ni bukan lah murah, tapi konon-konon nak nampak style and in trend, beli jugak! sampai masa, baby tak suka.. sebab puting nye kot.. x natural katanya.. haha sudahnya, dia suka puting pureen yang getah color coklat tu ha..yang 2 ringgit lebih siap ada 3 ketul lagi.. :p
 Ni lah dia botol nya....


2. Baby cot bumper - beli konon2 plan nak belikan baby cot yang kayu tu.. so xde lah baby kita terhantuk dek kayu2 tersebut... Masa dah deliver tu.. adik iparku dengan baik hati nak hadiahkan baby cot.. sekali sampai umah, baby cot nye super lah comel.. sehinggakan tak perlu baby bumper..

Ini lah baby cotnye.. tak perlu bumper..abaikan model tak berbayar yang muka baru bangun tido tu..hehe

3. (eh..dah lupa laaaaa...nanti la aku update dari semasa ke semasa...) ampunkan saya tuanku..ampuan kan saya.. :P


The point is, sediakan lah barang yang perlu sahaja.. tapi saya tulis lebih-lebih pon, uolzz tetap nk membeli jugak kan.. so beli je lah.. saya ni sekadar berkongsi pengalaman.. sebab saya pon pernah berada di situasi uolz semua.. hehehe..

*cari idea lain tuk entry seterusnya*

Bye.




















Wednesday, February 27, 2013

C-section dan Ikan Haruan

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan korang, aku bersalinkan Nufael Rizq ni thru c-section. Sebab apa? Sebab dah overdue 3 hari...and after 3 kali induce, "jalan" hanya buka 1cm sahaja.. :( 

Selepas doc advice for c-sec, so aku pon akur... padahal masa ni banjir dah kat bilik hospital. Terasa sedih yang teramat sebab tak dapat pengalaman deliver normal...

Ok..pengalaman masa operate tu aku tak nak cerita dalam entry ni.. InsyaAllah di entry lain..kalau rajin..

Bila dah namanya operate, confirm orang ramai akan suruh kita makan ikan haruan, or pati ikan haruan...

Ada yang suruh makan start dari selepas pembedahan.

Ada yang suruh makan after few days..biar heal sendiri first and then telan haruan...antara reason, kalau makan awal2, luka luaran je yang akan ok, yang belah dalam, Wallahu'alam...

Actually kesimpulan review yang aku dapat, tak elok sebenarnya makan ikan or pati haruan ni. Sebab?

1st: Seperti yang diceritakan akak jiran sebelah rumah aku ni. Dia deliver baby ke-3 dia sebulan sebelum aku deliver. Thru c-sec juga. Doc dia cakap "awak ada makan or minum ikan or pati haruan ye?"

Akak tu pon jawab "ye"

"disebabkan perbuatan awak itu, lapisan c-sec di bahagian dalam awak ni dah melekat2 dengan organ...macam gam..."

*dialog adalah rekaan semata-mata. tapi mesej yang cuba disampaikan begitu lah bunyinya*

2nd: Pengalaman seorang lagi kenalan. 2 doctor dah advice kat dia jangan minum or makan ikan haruan tu sebab nanti bekas luka luaran tu jadi tak cantik... akan tersembul daging kat area situ...


So, pada pendapat aku, jaga pemakanan, and untuk luka tu, pastikan kawasan tu sentiasa kering, Kalau betul jaganya, Alhamdulillah, macam aku, kesan operate tu tak nampak sangat and yang ada hanyalah 1 line yang halus sahaja. Nak gambar? Eh, maluuuuuu :p

Sekian, itu sahaja.

Bye. 



Wednesday, January 23, 2013

Baby Stroller

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (Ala-ala menteri gitcheewww).

Last Saturday sempat juga kami pergi baby expo di PWTC..expo tu start dari 18-20 January 2013..dah tentu untuk anak teruna saya yang seorang itu...
kalau tak ada dia, pasti sikit pon aku tak terlintas nak pergi..:p

Actually memang tunggu expo macam ni sebab tujuan utama adalah mencari stroller..

Stroller tersebut haruslah:

1. Ringan
(Mudah nak angkut kemana-mana)

2. Menjimatkan ruang
(Kami pakai kereta comel je..so xboleh la beli stroller yang lagi besar dari bonet kereta..)

 3. Suspension yang terbaik
(bertujuan supaya balik kampung nanti ikat je stroller tu blakang kereta..haha..actually supaya baby dapat tidur dalam stroller tu dengan hati yang tenang tanpa sebarang gegaran yang kuat..)

4. Boleh digunakan selama yang mungkin
(Setiap jenis stroller ada limit weight yang mampu ditampung..ini sangat penting ye kawan-kawan..)

5. Design yang menarik
(Nak diikutkan hati ni memang minat stroller yang beroda besar..Nampak macam style gilerr.. tetapi menurut nasihat kawan-kawan terutamanya Syikin a.k.a. Diex, tayar yang kononnya amat style itu akan menyusahkan bila masuk bab nak simpan dia dalam bonet kereta..so x meet criteria no.2 tadi ye...carilah stroller yang boleh dilipat sekecil mungkin..)

 Macam ni la yang aku maksudkan...style kan? Suka! Suka!


6. Harga
(Pastinya semua orang akan cari yang murah or affordable but berbaloi.Jangan kan murah sahaja tapi baru 3-4 kali pakai dah keluar bunyi macam-macam...kan rugi...Kata orang, biar la sedap pada mata, sedap pada hati, dan paling penting sedap pada poket..)


So...setelah dikaji kriteria2 di atas, maka jumpa lah kami stroller ini :

Yezzaaahhh.... Maclaren Techno XT...yang ni bila dilipat jadi ala-ala payung...



So dapat lah jimat space kan?

Harga yang kitorang beli kat expo ni RM1199..harga biasa adalah RM1699..Actually rasanya kalau korang rajin sikit, boleh dapat lagi murah kut thru online...:)

Alang-alang dah pergi expo..haruslah mencuci mata dan duit untuk barang lain sekali kan? (ingin diingatkan nafsu perempuan ada 99 tahu? Muahahahaha)

Antara barang yang aku beli:

1. Nursery cover
(senang nak menyusukan baby dimana-mana tanpa rasa segan silu)

2. Maternity bra
(menambahkan collection)

3. Baju-baju untuk Nufael Rizq
(geram tengok comel-comel sangat and murah-murah)

4. Kasut Nufael Rizq
(walaupun besar, tetap nak belikan sebab cantik..boleh??)

5. Mainan
(dah lama nak belikan tapi tengok kat kedai-kedai semuanya mahal-mahal...kat sini RM50 boleh dapat 2 mainan! Mainan ni untuk gantung dalam kereta bila baby duduk dalam carseat. Siap yang ada music lagi..)

6. Topi
(saya suka pakaikan Nufael Rizq topi sebab kepala dia tengah botak + baby sangat cute bila pakai topi)


Ni la antara topi2 yang aku belikan...Tengoklah muka terpaksa dia...sabar lah wahai anak..:p

Back to cerita stroller, esoknya (ahad) kitorang pergi jalan-jalan kat Setia Mall.. Sempat lah bawak Nufael pergi tengok orang-orang main layang-layang kat padang luar mall tu..walaupun hujan renyai-renyai, still boleh bawak stroller tu sebab dia ada rain cover...




Ni dia pic dekat padang Setia Mall...Kami keluar beramai-ramai..:)

Ok lah...sampai berjumpa di lain entry.. 

Bye.



Thursday, January 17, 2013

Maternity Photoshoot




Ok..masa photoshoot ni seingat aku 2-3 weeks before deliver Nufael Rizq ni..

For more pictures, click HERE 


Oppa Gangnam Style

Meh..meh...aku nak share pictures.. Tengah belek2 gambar Nufael dalam fon, tersembul lah 1 idea buat compilation gang nam style version Nufael Rizq! haha...

Heeeeyyyyy....sexy lady....
 


Oppa Gangnam Style....



-
-
-
-
-

Hurmmmmm...makan tangan lagi sedaaappp!!! :p




Wednesday, January 16, 2013

Introducing you....My SonShine...:)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Ok..walaupun bagi salam panjang2...tetap tak dapat kalahkan panjangnya masa yang aku tinggalkan untuk ber-blog-ing...Ampunkan saya penunggu gua...ampunkan saya penunggu gua..hihihi..

Cerita holiday yang dah berkurun lama tu pon tak habis...tapi rasa2nya aku malas dah nak sambung cerita pasal journey yang umpama gantung x bertali tu..haruslah dah lupa sana sini(ada yang kesah? tak ada kannnn...:p)

Selama kesepian aku yang rasanya almost 1 tahun ni..(ke lebih?) sebenarnya I am enjoying my pregnancy moment until giving birth to my little prince, NUFAEL RIZQ BIN NAZRAFIQ. Hari ini genap 3 bulan Nufael bernafas di bumi Allah ini..Alhamdulillah...



This is the latest version of him...:)

InsyaAllah lepas ni aku akan cerita panjang lagi ye...

XOXO

Thursday, March 29, 2012

Simptom-simptom awal pregnant

Ok.. Aku nak share antara simptom2 yang aku hadapi dari awal pregnant. Selain dari sakit kepala..pening-pening...berikut merupakan simptom yang sangat besar impaknya dalam hidupku ini..cewaaahh..:p 

1. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

Ye..tepat sekali..biasanya sebelum dating period, memang akan rasa sakit..So mula-bula ingatan sakit biasa..tapi period tak datang2 juga…period aku memang x teratur..lewat 2 minggu tu memang dah biasa sangat dah.. Sampai minggu-12 still rasa sakit lagi..tapi semakin berkurangan…

2. Rasa mual 

Kebanyakan wanita merasakan mual sekitar 4-8 minggu setelah hamil. Meski begitu, tidak sedikit ibu hamil yang masih mengalami mual/muntah sampai trimester ketiga. Keluhan mual muntah akan dikategorikan berat jika ibu hamil selalu muntah setiap kali minum maupun makan. Akibatnya, tubuh akan menjadi lemas, muka pucat, dan frekuensi buang air kecil menurun serta berat badan tidak meningkat. Inilah yang dinamakan hiperemesis gravidarum. 

Alhamdulillah…so far..rasa mual tu memang ada..tapi tak sampai muntah..and masih under control. Yang aku perasan, rasa mual ni melampau-lampau bila perut rasa lapar.. huhu..
 
3. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

Ok..ni memang aku perasaan dari awal-awal lagi..before tahu yang diri ini pregnant..Selalu aku akan skip breakfast tapi ada satu masa tu..even aku breakfast coco crunch or honeystar, memang sebelum lunch hour lagi aku dah rase lapar sangat-sangat…

4. Keletihan

Pada minggu pertama kehamilan, tubuh sedang bekerja keras – menghasilkan hormon dan memproduksi darah lebih banyak untuk menyalurkan nutrisi ke janin. Untuk menunjang peningkatan aliran darah, maka jantung akan memompa lebih keras dan cepat. Ditambah lagi, peningkatan hormon progesteron yang mempunyai efek depresan pada susunan saraf secara alami dapat menyebabkan ngantuk. Disamping itu pula kekhawatiran mengenai kepastian kehamilan akan menguras energi dan dapat mengganggu tidur anda.

Yang ni memang terasa sangat-sangat…Buat kerja sikit, rasa letih teramat..padahal baru potong kuku sendiri dah letih sangat2..hehe*ok..tu tipu*. Then kalau dulu boleh lepak sampai 2-3 pagi..sekarang, pukul 11 dah juling-juling mata tahan ngantuk tahu? Haha.

5. Buang air kecil terus menerus

Banyak wanita hamil akan mengalami buang air kecil yang lebih kerap dari biasa. Ini terjadi kerana adanya pembesaran rahim yang menekan pundi kencing.

Aku ni memang paling malas nak ke toilet..Sanggup tahan sampai dah hujung-hujung nyawa je..Tapi kali ni..memang dah x boleh nak tahan-tahan..

6. Sembelit

Hal ini disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pencernaan bekerja lebih lambat. Dimana makanan akan dicerna secara perlahan sehingga dapat menyebabkan sembelit.

Wohoooo..yang ni pon aku harungi sebelum dapat tahu aku pregnant lagi…Siap mengalir lah air mata bila sampai masa kena duduk kat toilet bowl tu…Memang sakit! Boleh jadi fobia bila sakit perut datang..:’(


7. Suasana hati yang berubah-rubah

Anda bukan seorang wanita yang cengeng, tetapi akhir-akhir ini anda bisa menangis ketika menonton suatu iklan yang menyentuh perasaan. Meningkatnya produksi hormon pada tubuh anda dapat menyebabkan anda menjadi emosional dan mudah menangis. Perubahan suasana hati yang tiba-tiba merupakan hal yang biasa terutama pada tiga bulan pertama kehamilan.

Betul tu…cepat tersentuh..Suami naikkan suara sikit pon air mata dah bergenang2 dah..padahal kita yg x dengar awal2 dia ckp apa..so dia tambah la volume..tapi nak terasa jugak! Over kan? Haha.. Kalau layan cerita Hindustan jangan kata laaa…. Boleh banjir rumah.. 

Hurm...cukup lah kot...

Kepada mummy-to-be.. Apa yang penting?? Jaga kesihatan dan pemakanan...

Bila dah dapat tahu diri tu mengandung, cepat-cepatlah beli susu Anmum.. Bagus untuk baby dalam perut tu.

Ni gambar baby kita masa Week-10..sangat active...x boleh duduk diam..hehe..

 
Sekian...


 

I am back!!

Assalamualaikum semua...

Ye...saya faham...

memang saya ni teruk...pemalas...tapi...ada aku kesah??:p

Actually aku dah takde mood nk tulis pasal percutian aku kat Bali aritu...sebabnya?

Banyak kali dah menaip....tiba2 tak save..seterusnya GONE!!! sakit hati bukan??

For your information, tahun ni aku akan duduk diam2 di Malaysia tercinta ni...sebab...Insya-Allah tahun ni aku akan menimang cahaya mata..walaupun masih awal...minggu ni baru nak masuk minggu-12. So aku harapkan anda semua dapat mendoakan kesejahteraan aku dan juga bayiku ini...eceeehhh..

Dalam pada nak duduk Malaysia diam2 kan? actually aku dah beli tix ke Melbourne May ni...Macam biasa lah.. Aku beli tix ni masa hari yang sama aku balik Malaysia daripada bercuti ke Europe May tahun lepas...
hahahahha..sabar je la noks! :p

Tu last la kot...yang lain just jalan2 dalam Malaysia je..:)

Lepas2 ni nak jalan2 bawa anak pulak..hehe...

Aku rase entry2 lepas ni aku akan merapu pasal catatan harian ibu mengandung pulak kot....

Hadap je laaaa.... haha..

Assalamualaikum....

 


Thursday, December 15, 2011

Trip to Bali_Day 3



Lets sambung for Day 3...

After taking breakfast, hubby and me decided to jalan2 tepi pantai Kuta... Pastu pukul 10 pagi weolz kene ada kat hotel semula dah sebab pak supir akan fetch kami and bawak ke spa..yezzz!!! SPA time uolzz!! :)
Kami pergi ber-2 je..yang lain dah x sabar2 nak surfing... This spa was suggested by pak supir masa day 2 haritu.. Dia cakap spa ni VVIP punya..very the privacy! So kitorang cuba la...Harga sorang 300K rp. Agak mahal kalau compare dengan spa2 yang banyak kat sana tu...tetapi nak try jugak! =)
 So 600K rp for 2....
 Waiting area..
 Ginger tea...
 Oh! Love the room...natural giteeww..
 Tempat bermandi2 suami dan isteri...hehehehehe
The bed

Kitorang amik package :
1. Body massage
2. Body Scrub
3. Sapuan Minyak (x tahu minyak ape)
4. Mandi yogurt
5. Mandi bunga

Terus badan rasa segar yang amat..hehehe...

Lepas ber-spa-kan diri, kami dihantar semula ke hotel. Then dalam pukul 1 tengah hari kami semua menyewa motor so boleh pusing2 kuta and daerah yang berdekatan..:) Tak susah pon nak cari khidmat sewa motor ni sebab depan hotel tu sendiri dah ada dah...Kami sewa untuk 2 hari.. 1 hari rate dia 60K rp. and tuk hari kedua dapat discount till 50K rp. So total tuk 2 hari = 110K rp..

 Katek and me with our stylo helmet..hahaha..

 Scooter

1st thing to do: Haruslah cari makan...masing2 dah lapar giler dah ni...Ok..time ni dah ade yang burn dah..*akibat surfing*

Kedai ni macam warong jek la...kat tepi jalan je..Semua order ayam penyet..kat sana diorang panggil ayam penyet = Lalapan. Sangat puas hati...ayam tu diorang goreng time tu jugak..harga kat sini masya-Allah murahnye! Masa nak bayar tu masing2 macam terkedu sekejap and dalam hati cakap "betol ke dia kira ni? nape murah sangat?"..:)

Ok..perut dah kenyang...hati pon senang...so sambil pusing2 kat situ kitorang singgah la pula kat pusat2 souvenir...ada banyak and salah satunya :

Pasar oleh-oleh Bali a.k.a. Kampung Nusantara

Kat sini lah boleh dapat macam2 souvenir dengan harga yang lebih murah kalau nk compare dengan yang jual kat tepi2 jalan...Kitorang ronda2 jugak ke kedai2 billabong, quicksilver, ripcurl, roxy and macam2 lagi..harga kat sana lebih murah dari yang dijual kat Malaysia..So kepada sesiapa yang memang minat dengan jenama2 ni...memang berbaloi la pergi Bali ni..:)

Dalam pukul 5 petang kami dah ada kat hotel dah and bersiap2 nak g pantai Kuta. Dari hotel ke pantai tu kitorang jalan kaki je sebab dekat sangat...

 Oh! Pemandangannnn.....:p

 Ramai orang...

 Mereka bersama surfboard masing2...sewa kat sana dalam 50K rp. untuk beberapa jam je..Boleh sewa untuk sehari tapi hati2 sebab ada antara kami yang dah terkena..diorang sewa dari pagi then letak semula pastu nk sambung petang..cari2..brother tu dah xde dah kat situ...so terpaksa la sewa yang lain..:(

 Mula-mula tu aku layan pemandangan je...last2 terjebak surf...seronok sangat bila dah dapat berdiri atas board tu...and terus jadi addicted..hahaha

Main teropong-teropong..wuwuwuwuwuwuwu...

 Bila dah gelap..kitorang balik semula ke hotel terus lompat ke dalam swimming pool..Sambung pulak main air kat pool...

Balik bilik...siap2..and keluar semula cari makan... Last2 makan kat food court dekat je dengan hotel...Aku x suka sangat makan kat sini sebab rasa dia macam lain macam sikit..something like..minyak masak dia rasa x sedap..reusable kot...so malam ni aku order kebab je...

 Makanan...

 Kotak rokok yang menarik...

Pusing2 lagi...

Lepas tu....balik semula ke hotel daaaaannnnn... tidurrrrr.......

Day 3 end here....












Friday, November 25, 2011

Trip to Bali_Day 2

Before aku teruskan cerita Hari kedua, meh aku share Hotel Dekuta ni:

The room

The lobby:


The swimming pool:

 -
Lets continue:
Hari ke-2....kat Malaysia lagi kitorang dah plan hari ke-2 ni nak pakai tour guide pergi tempat2 yang WAJIB pergi..Salah seorang ahli kumpulan kami dah biasa pergi Bali then dah ada contact. So awal2 lagi dah deal and kitorang berkumpul tepat jam 8.30 pagi...Perjalanan sehari suntuk ni pak supir charge 50K rp sahaja uolzz! very the chip u know!!! Sebelum tu breakfast la dulu kan? :)

Then pak supir yg akan suggestkan kitorg pegi mane...kali ni berjalan aku x buat research apa2 pon..memang nk chillex saje..:)
So pak supir bawa kami ke Tanah Lot dulu...Jauh juga la perjalananya dari kuta..dalam sejam lebih  perjalanan..
 Ok..cuba meniru gaya patung itteeewww =P
The gateway
Laut terbentang luas...
-
-
-
Dan......proses bergambar bermula....

 Ni paling behave
 Tunjuk ketiak
 Layaaaannn....
 Kanan....
and kiriiiii....

Another view..

Luch time! So pak supir bawa ke sebuah restaurant muslim sambil menikmati keindahan Gunung Batur:
 Active volcano...picture taken from the restaurant
Another view...
-
-
-
Nama restaurant ni aku dah tak ingat dah..tapi buffet style..1 kepala dia charge 75K rp...makan lah sampai puas...=)

The food:
 Soup of the day (sedap giler)

 Chicken Satay (non-sedap!!!)

Nasi dan lauk pauk...

Ada macam2 lagi contohnya bubur pulut hitam..buah-buahan..dan macam2 lagi...

Ni gambar dari tepi jalan..Meh aku cerita yang menarik pasal Gunung Batur ni....Last meletus pada Tahun 2000 dan sebelum2 tu mmg dah banyak kali dah dia meletus. Dalam Gambar kat atas tu ada sebuah tasik..yang menariknya..di tasik tu ada sebuah perkampungan Terunyan. Hidup mereka sangat unik..especially cara menguruskan mayat...Warga yang telah meninggal, jasadnya dimakamkan di atas batu besar yang memiliki cekungan 7 buah. Jasadnya hanya dipagari bambu anyam secukupnya. Uniknya setelah berhari-hari, jenazah tersebut tidak menyebarkan bau busuk. Untuk cerita lagi detail sila click sini.
Ramai penjaja kat sini...ada yang jual barang2..ada yang bagi service..service apa? ha.... jangan duk fikir yang bukan2 ye..contoh: temporary tatoo (pakai inai) or tocang rambut kecik2 ala2 pak itam (wassap yawww)..hehehhehe

Then kami bertolak menghala ke Kebun kopi yang terkenal dengan Kopi Luak...kat Malaysia kopi ni diharamkan tapi tidak bagi kerajaan Indonesia. Menurut pak supir, proses pembuatan kopi ini semuanya bersih...kepada yang tidak tahu issue ini, Kopi Luak ni sebenarnya diproses dari tahi musang liar yang makan kopi tu..Proses yang payah tu la membuatkan kopi ini sangat2 mahal..

 Buah koko
 Musang
Nak jugak kacau makcik ni menggoreng kopi..hehe

Kemudian kami di bawa ke 1 pondok and kat situ kami dihiburkan dilayan oleh 2 gadis sunti..eceehh! Diorang buatkan kami 4 jenis minuman tea and coffee:
 Ginger tea, lemongrass tea, bali coffee, and pure bali cocoa.
Minuman di atas semuanya free..tapi kalau berminat nak try Kopi Luak, kene bayar 50K/cup.

Lama juga kitorang stuck kat dusun ni sebab hujan lebat...Lepas tu kami terus ke Daerah Ubud...kami just pass by je monkey forest sebab dah kesuntukan masa..kami nak kejar Kechak Dance show yang start pukul 6.30pm.. But still ada masa untuk pusing2 sekejap di sekitar Temple lama di Ubud juga..



Patung2 yang macam ni memang banyak kat Bali ni...

Lepas tu pak supir pon bawa kitorang ke Padang Tegal, Ubud. Ada banyak tempat kalau nak menonton Kecak dance ni..yang menarik kat sini, dia ada persembahan api..bayaran masuk 80K rp sekepala...meh layan gambar dulu...
Welcome 
 Cari spot menarik

 The dance tells the story of Prince Rama and his rescue of Princess Sita, who has been kidnapped by the evil King of Lanka.
 Extra performance...the little dancers plus the fire performance. Takde pic fire performance tu sebab aku amik video..because they are super amazing! Something like Kuda Kepang...ada sorang ni akan dijampi dan dirasuk then dia akan menari sambil memadamkan api menggunakan kaki beliau and also berguling2 atas api itu sampai api tersebut padam...
Taking pictures with their actors and dancers...The performances took about one hour.

`
`
`
After that, we went to the souvenir shop...Ole-ole Kampung Nusantara.

Balik semula ke hotel then we decided cari makan dekat area hotel je...so jalan2 kaki...:)

Day 2 ends here.....