Thursday, March 29, 2012

Simptom-simptom awal pregnant

Ok.. Aku nak share antara simptom2 yang aku hadapi dari awal pregnant. Selain dari sakit kepala..pening-pening...berikut merupakan simptom yang sangat besar impaknya dalam hidupku ini..cewaaahh..:p 

1. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

Ye..tepat sekali..biasanya sebelum dating period, memang akan rasa sakit..So mula-bula ingatan sakit biasa..tapi period tak datang2 juga…period aku memang x teratur..lewat 2 minggu tu memang dah biasa sangat dah.. Sampai minggu-12 still rasa sakit lagi..tapi semakin berkurangan…

2. Rasa mual 

Kebanyakan wanita merasakan mual sekitar 4-8 minggu setelah hamil. Meski begitu, tidak sedikit ibu hamil yang masih mengalami mual/muntah sampai trimester ketiga. Keluhan mual muntah akan dikategorikan berat jika ibu hamil selalu muntah setiap kali minum maupun makan. Akibatnya, tubuh akan menjadi lemas, muka pucat, dan frekuensi buang air kecil menurun serta berat badan tidak meningkat. Inilah yang dinamakan hiperemesis gravidarum. 

Alhamdulillah…so far..rasa mual tu memang ada..tapi tak sampai muntah..and masih under control. Yang aku perasan, rasa mual ni melampau-lampau bila perut rasa lapar.. huhu..
 
3. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

Ok..ni memang aku perasaan dari awal-awal lagi..before tahu yang diri ini pregnant..Selalu aku akan skip breakfast tapi ada satu masa tu..even aku breakfast coco crunch or honeystar, memang sebelum lunch hour lagi aku dah rase lapar sangat-sangat…

4. Keletihan

Pada minggu pertama kehamilan, tubuh sedang bekerja keras – menghasilkan hormon dan memproduksi darah lebih banyak untuk menyalurkan nutrisi ke janin. Untuk menunjang peningkatan aliran darah, maka jantung akan memompa lebih keras dan cepat. Ditambah lagi, peningkatan hormon progesteron yang mempunyai efek depresan pada susunan saraf secara alami dapat menyebabkan ngantuk. Disamping itu pula kekhawatiran mengenai kepastian kehamilan akan menguras energi dan dapat mengganggu tidur anda.

Yang ni memang terasa sangat-sangat…Buat kerja sikit, rasa letih teramat..padahal baru potong kuku sendiri dah letih sangat2..hehe*ok..tu tipu*. Then kalau dulu boleh lepak sampai 2-3 pagi..sekarang, pukul 11 dah juling-juling mata tahan ngantuk tahu? Haha.

5. Buang air kecil terus menerus

Banyak wanita hamil akan mengalami buang air kecil yang lebih kerap dari biasa. Ini terjadi kerana adanya pembesaran rahim yang menekan pundi kencing.

Aku ni memang paling malas nak ke toilet..Sanggup tahan sampai dah hujung-hujung nyawa je..Tapi kali ni..memang dah x boleh nak tahan-tahan..

6. Sembelit

Hal ini disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pencernaan bekerja lebih lambat. Dimana makanan akan dicerna secara perlahan sehingga dapat menyebabkan sembelit.

Wohoooo..yang ni pon aku harungi sebelum dapat tahu aku pregnant lagi…Siap mengalir lah air mata bila sampai masa kena duduk kat toilet bowl tu…Memang sakit! Boleh jadi fobia bila sakit perut datang..:’(


7. Suasana hati yang berubah-rubah

Anda bukan seorang wanita yang cengeng, tetapi akhir-akhir ini anda bisa menangis ketika menonton suatu iklan yang menyentuh perasaan. Meningkatnya produksi hormon pada tubuh anda dapat menyebabkan anda menjadi emosional dan mudah menangis. Perubahan suasana hati yang tiba-tiba merupakan hal yang biasa terutama pada tiga bulan pertama kehamilan.

Betul tu…cepat tersentuh..Suami naikkan suara sikit pon air mata dah bergenang2 dah..padahal kita yg x dengar awal2 dia ckp apa..so dia tambah la volume..tapi nak terasa jugak! Over kan? Haha.. Kalau layan cerita Hindustan jangan kata laaa…. Boleh banjir rumah.. 

Hurm...cukup lah kot...

Kepada mummy-to-be.. Apa yang penting?? Jaga kesihatan dan pemakanan...

Bila dah dapat tahu diri tu mengandung, cepat-cepatlah beli susu Anmum.. Bagus untuk baby dalam perut tu.

Ni gambar baby kita masa Week-10..sangat active...x boleh duduk diam..hehe..

 
Sekian...


 

I am back!!

Assalamualaikum semua...

Ye...saya faham...

memang saya ni teruk...pemalas...tapi...ada aku kesah??:p

Actually aku dah takde mood nk tulis pasal percutian aku kat Bali aritu...sebabnya?

Banyak kali dah menaip....tiba2 tak save..seterusnya GONE!!! sakit hati bukan??

For your information, tahun ni aku akan duduk diam2 di Malaysia tercinta ni...sebab...Insya-Allah tahun ni aku akan menimang cahaya mata..walaupun masih awal...minggu ni baru nak masuk minggu-12. So aku harapkan anda semua dapat mendoakan kesejahteraan aku dan juga bayiku ini...eceeehhh..

Dalam pada nak duduk Malaysia diam2 kan? actually aku dah beli tix ke Melbourne May ni...Macam biasa lah.. Aku beli tix ni masa hari yang sama aku balik Malaysia daripada bercuti ke Europe May tahun lepas...
hahahahha..sabar je la noks! :p

Tu last la kot...yang lain just jalan2 dalam Malaysia je..:)

Lepas2 ni nak jalan2 bawa anak pulak..hehe...

Aku rase entry2 lepas ni aku akan merapu pasal catatan harian ibu mengandung pulak kot....

Hadap je laaaa.... haha..

Assalamualaikum....