Wednesday, January 23, 2013

Baby Stroller

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (Ala-ala menteri gitcheewww).

Last Saturday sempat juga kami pergi baby expo di PWTC..expo tu start dari 18-20 January 2013..dah tentu untuk anak teruna saya yang seorang itu...
kalau tak ada dia, pasti sikit pon aku tak terlintas nak pergi..:p

Actually memang tunggu expo macam ni sebab tujuan utama adalah mencari stroller..

Stroller tersebut haruslah:

1. Ringan
(Mudah nak angkut kemana-mana)

2. Menjimatkan ruang
(Kami pakai kereta comel je..so xboleh la beli stroller yang lagi besar dari bonet kereta..)

 3. Suspension yang terbaik
(bertujuan supaya balik kampung nanti ikat je stroller tu blakang kereta..haha..actually supaya baby dapat tidur dalam stroller tu dengan hati yang tenang tanpa sebarang gegaran yang kuat..)

4. Boleh digunakan selama yang mungkin
(Setiap jenis stroller ada limit weight yang mampu ditampung..ini sangat penting ye kawan-kawan..)

5. Design yang menarik
(Nak diikutkan hati ni memang minat stroller yang beroda besar..Nampak macam style gilerr.. tetapi menurut nasihat kawan-kawan terutamanya Syikin a.k.a. Diex, tayar yang kononnya amat style itu akan menyusahkan bila masuk bab nak simpan dia dalam bonet kereta..so x meet criteria no.2 tadi ye...carilah stroller yang boleh dilipat sekecil mungkin..)

 Macam ni la yang aku maksudkan...style kan? Suka! Suka!


6. Harga
(Pastinya semua orang akan cari yang murah or affordable but berbaloi.Jangan kan murah sahaja tapi baru 3-4 kali pakai dah keluar bunyi macam-macam...kan rugi...Kata orang, biar la sedap pada mata, sedap pada hati, dan paling penting sedap pada poket..)


So...setelah dikaji kriteria2 di atas, maka jumpa lah kami stroller ini :

Yezzaaahhh.... Maclaren Techno XT...yang ni bila dilipat jadi ala-ala payung...



So dapat lah jimat space kan?

Harga yang kitorang beli kat expo ni RM1199..harga biasa adalah RM1699..Actually rasanya kalau korang rajin sikit, boleh dapat lagi murah kut thru online...:)

Alang-alang dah pergi expo..haruslah mencuci mata dan duit untuk barang lain sekali kan? (ingin diingatkan nafsu perempuan ada 99 tahu? Muahahahaha)

Antara barang yang aku beli:

1. Nursery cover
(senang nak menyusukan baby dimana-mana tanpa rasa segan silu)

2. Maternity bra
(menambahkan collection)

3. Baju-baju untuk Nufael Rizq
(geram tengok comel-comel sangat and murah-murah)

4. Kasut Nufael Rizq
(walaupun besar, tetap nak belikan sebab cantik..boleh??)

5. Mainan
(dah lama nak belikan tapi tengok kat kedai-kedai semuanya mahal-mahal...kat sini RM50 boleh dapat 2 mainan! Mainan ni untuk gantung dalam kereta bila baby duduk dalam carseat. Siap yang ada music lagi..)

6. Topi
(saya suka pakaikan Nufael Rizq topi sebab kepala dia tengah botak + baby sangat cute bila pakai topi)


Ni la antara topi2 yang aku belikan...Tengoklah muka terpaksa dia...sabar lah wahai anak..:p

Back to cerita stroller, esoknya (ahad) kitorang pergi jalan-jalan kat Setia Mall.. Sempat lah bawak Nufael pergi tengok orang-orang main layang-layang kat padang luar mall tu..walaupun hujan renyai-renyai, still boleh bawak stroller tu sebab dia ada rain cover...




Ni dia pic dekat padang Setia Mall...Kami keluar beramai-ramai..:)

Ok lah...sampai berjumpa di lain entry.. 

Bye.



2 comments:

Unknown said...

ye! beli stroller yang jimat ruang... jgn jadi cam aku.. sbb stroller kene tukar kete... hahahahaha

hazwah amin said...

Thankz 4 da advice sayang..:*
ingtkan nk pakai taktik tu jugak..bleh dpt kete baru..wakakaka..