Friday, September 20, 2013

Persiapan Untuk Kelahiran Baby Pertama

Assalamualaikum semua...

Lama sudah tidak merapu... tapi jangan sangka saya dah tak wujud ye... hehe..

Kali ni tiba-tiba je rasa nak update pasal tajuk entry kali ni.. Actually, anak saya, Nufael Rizq dah almost a year... Alhamdulillah... :)

Sepanjang 11 bulan ++ ni macam-macam kerenah..macam-macam perasaan..macam-macam dugaan datang.. nak tak nak, itu namanya lumrah kehidupan.. ecececehhhh.. macam kental sangat je bunyinye kan?

Tapi the best development of baby ni masa dia berusia 7-9 bulan.. Masa tu kita nampak dia dah semakin banyak bagi respond.. dah pandai pok amai amai.. dah start nak berdiri.. gigi pon comel2 je tumbuhnya..

Back to our main story, masa mula2 doc cakap "congratulations! you are pregnant!!" (tiru ayat drama) otak kita ni tak habis2 fikir nak beli apa untuk baby kan? Kalau usia kandungan baru 10 minggu, tak payah la bz2 kan diri nak membeli itu ini... Kalau nak servey2 barang, dialu-alukan.. orang tua-tua pon ada cakap, beli barang baby after 7 month of pregnancy.. Tapi saya tak salahkan uolz semua sebab perasaan excited tu memang semua preggy woman rasa..especially our first baby! so itu perkara normal...

Saya nak share antara barang2 baby yang saya beli, sudahnya tak pakai sehinggalah ke hari ini.. :p

1. Botol susu avent - botol ni bukan lah murah, tapi konon-konon nak nampak style and in trend, beli jugak! sampai masa, baby tak suka.. sebab puting nye kot.. x natural katanya.. haha sudahnya, dia suka puting pureen yang getah color coklat tu ha..yang 2 ringgit lebih siap ada 3 ketul lagi.. :p
 Ni lah dia botol nya....


2. Baby cot bumper - beli konon2 plan nak belikan baby cot yang kayu tu.. so xde lah baby kita terhantuk dek kayu2 tersebut... Masa dah deliver tu.. adik iparku dengan baik hati nak hadiahkan baby cot.. sekali sampai umah, baby cot nye super lah comel.. sehinggakan tak perlu baby bumper..

Ini lah baby cotnye.. tak perlu bumper..abaikan model tak berbayar yang muka baru bangun tido tu..hehe

3. (eh..dah lupa laaaaa...nanti la aku update dari semasa ke semasa...) ampunkan saya tuanku..ampuan kan saya.. :P


The point is, sediakan lah barang yang perlu sahaja.. tapi saya tulis lebih-lebih pon, uolzz tetap nk membeli jugak kan.. so beli je lah.. saya ni sekadar berkongsi pengalaman.. sebab saya pon pernah berada di situasi uolz semua.. hehehe..

*cari idea lain tuk entry seterusnya*

Bye.




















Wednesday, February 27, 2013

C-section dan Ikan Haruan

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan korang, aku bersalinkan Nufael Rizq ni thru c-section. Sebab apa? Sebab dah overdue 3 hari...and after 3 kali induce, "jalan" hanya buka 1cm sahaja.. :( 

Selepas doc advice for c-sec, so aku pon akur... padahal masa ni banjir dah kat bilik hospital. Terasa sedih yang teramat sebab tak dapat pengalaman deliver normal...

Ok..pengalaman masa operate tu aku tak nak cerita dalam entry ni.. InsyaAllah di entry lain..kalau rajin..

Bila dah namanya operate, confirm orang ramai akan suruh kita makan ikan haruan, or pati ikan haruan...

Ada yang suruh makan start dari selepas pembedahan.

Ada yang suruh makan after few days..biar heal sendiri first and then telan haruan...antara reason, kalau makan awal2, luka luaran je yang akan ok, yang belah dalam, Wallahu'alam...

Actually kesimpulan review yang aku dapat, tak elok sebenarnya makan ikan or pati haruan ni. Sebab?

1st: Seperti yang diceritakan akak jiran sebelah rumah aku ni. Dia deliver baby ke-3 dia sebulan sebelum aku deliver. Thru c-sec juga. Doc dia cakap "awak ada makan or minum ikan or pati haruan ye?"

Akak tu pon jawab "ye"

"disebabkan perbuatan awak itu, lapisan c-sec di bahagian dalam awak ni dah melekat2 dengan organ...macam gam..."

*dialog adalah rekaan semata-mata. tapi mesej yang cuba disampaikan begitu lah bunyinya*

2nd: Pengalaman seorang lagi kenalan. 2 doctor dah advice kat dia jangan minum or makan ikan haruan tu sebab nanti bekas luka luaran tu jadi tak cantik... akan tersembul daging kat area situ...


So, pada pendapat aku, jaga pemakanan, and untuk luka tu, pastikan kawasan tu sentiasa kering, Kalau betul jaganya, Alhamdulillah, macam aku, kesan operate tu tak nampak sangat and yang ada hanyalah 1 line yang halus sahaja. Nak gambar? Eh, maluuuuuu :p

Sekian, itu sahaja.

Bye. 



Wednesday, January 23, 2013

Baby Stroller

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (Ala-ala menteri gitcheewww).

Last Saturday sempat juga kami pergi baby expo di PWTC..expo tu start dari 18-20 January 2013..dah tentu untuk anak teruna saya yang seorang itu...
kalau tak ada dia, pasti sikit pon aku tak terlintas nak pergi..:p

Actually memang tunggu expo macam ni sebab tujuan utama adalah mencari stroller..

Stroller tersebut haruslah:

1. Ringan
(Mudah nak angkut kemana-mana)

2. Menjimatkan ruang
(Kami pakai kereta comel je..so xboleh la beli stroller yang lagi besar dari bonet kereta..)

 3. Suspension yang terbaik
(bertujuan supaya balik kampung nanti ikat je stroller tu blakang kereta..haha..actually supaya baby dapat tidur dalam stroller tu dengan hati yang tenang tanpa sebarang gegaran yang kuat..)

4. Boleh digunakan selama yang mungkin
(Setiap jenis stroller ada limit weight yang mampu ditampung..ini sangat penting ye kawan-kawan..)

5. Design yang menarik
(Nak diikutkan hati ni memang minat stroller yang beroda besar..Nampak macam style gilerr.. tetapi menurut nasihat kawan-kawan terutamanya Syikin a.k.a. Diex, tayar yang kononnya amat style itu akan menyusahkan bila masuk bab nak simpan dia dalam bonet kereta..so x meet criteria no.2 tadi ye...carilah stroller yang boleh dilipat sekecil mungkin..)

 Macam ni la yang aku maksudkan...style kan? Suka! Suka!


6. Harga
(Pastinya semua orang akan cari yang murah or affordable but berbaloi.Jangan kan murah sahaja tapi baru 3-4 kali pakai dah keluar bunyi macam-macam...kan rugi...Kata orang, biar la sedap pada mata, sedap pada hati, dan paling penting sedap pada poket..)


So...setelah dikaji kriteria2 di atas, maka jumpa lah kami stroller ini :

Yezzaaahhh.... Maclaren Techno XT...yang ni bila dilipat jadi ala-ala payung...



So dapat lah jimat space kan?

Harga yang kitorang beli kat expo ni RM1199..harga biasa adalah RM1699..Actually rasanya kalau korang rajin sikit, boleh dapat lagi murah kut thru online...:)

Alang-alang dah pergi expo..haruslah mencuci mata dan duit untuk barang lain sekali kan? (ingin diingatkan nafsu perempuan ada 99 tahu? Muahahahaha)

Antara barang yang aku beli:

1. Nursery cover
(senang nak menyusukan baby dimana-mana tanpa rasa segan silu)

2. Maternity bra
(menambahkan collection)

3. Baju-baju untuk Nufael Rizq
(geram tengok comel-comel sangat and murah-murah)

4. Kasut Nufael Rizq
(walaupun besar, tetap nak belikan sebab cantik..boleh??)

5. Mainan
(dah lama nak belikan tapi tengok kat kedai-kedai semuanya mahal-mahal...kat sini RM50 boleh dapat 2 mainan! Mainan ni untuk gantung dalam kereta bila baby duduk dalam carseat. Siap yang ada music lagi..)

6. Topi
(saya suka pakaikan Nufael Rizq topi sebab kepala dia tengah botak + baby sangat cute bila pakai topi)


Ni la antara topi2 yang aku belikan...Tengoklah muka terpaksa dia...sabar lah wahai anak..:p

Back to cerita stroller, esoknya (ahad) kitorang pergi jalan-jalan kat Setia Mall.. Sempat lah bawak Nufael pergi tengok orang-orang main layang-layang kat padang luar mall tu..walaupun hujan renyai-renyai, still boleh bawak stroller tu sebab dia ada rain cover...




Ni dia pic dekat padang Setia Mall...Kami keluar beramai-ramai..:)

Ok lah...sampai berjumpa di lain entry.. 

Bye.



Thursday, January 17, 2013

Maternity Photoshoot




Ok..masa photoshoot ni seingat aku 2-3 weeks before deliver Nufael Rizq ni..

For more pictures, click HERE 


Oppa Gangnam Style

Meh..meh...aku nak share pictures.. Tengah belek2 gambar Nufael dalam fon, tersembul lah 1 idea buat compilation gang nam style version Nufael Rizq! haha...

Heeeeyyyyy....sexy lady....
 


Oppa Gangnam Style....



-
-
-
-
-

Hurmmmmm...makan tangan lagi sedaaappp!!! :p




Wednesday, January 16, 2013

Introducing you....My SonShine...:)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Ok..walaupun bagi salam panjang2...tetap tak dapat kalahkan panjangnya masa yang aku tinggalkan untuk ber-blog-ing...Ampunkan saya penunggu gua...ampunkan saya penunggu gua..hihihi..

Cerita holiday yang dah berkurun lama tu pon tak habis...tapi rasa2nya aku malas dah nak sambung cerita pasal journey yang umpama gantung x bertali tu..haruslah dah lupa sana sini(ada yang kesah? tak ada kannnn...:p)

Selama kesepian aku yang rasanya almost 1 tahun ni..(ke lebih?) sebenarnya I am enjoying my pregnancy moment until giving birth to my little prince, NUFAEL RIZQ BIN NAZRAFIQ. Hari ini genap 3 bulan Nufael bernafas di bumi Allah ini..Alhamdulillah...



This is the latest version of him...:)

InsyaAllah lepas ni aku akan cerita panjang lagi ye...

XOXO